Thursday, August 21, 2008

LAWAK - KING



APA LAH SALAH ABANG INA BUAT MACAM NI.....

"abg... tlg dtg umah segera, urgent".


Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina... gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu. "hu... hu... "

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina.

Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on... tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini.

Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi."

P/S: NASIB BAIK LAH KAU MAKWE AKU...... KALAU TAK...... DAN LAMA AKU..............

LAWAK - KING

MLM=MALAS LAMBAT MAJU

Nak di kisahkan gelagat sesetengah orang nie kadangkala nak katakan lucu tapi kekadang ada lak kebenarannya. .. ..>>

Ada orang perempuan punya le berlambak kain tudung berbagai warna yang di belinya complete semua warnatapi kekadang yang satu warna tu le yang dia sukapakaii.. . ..

Ada lelaki yang suka membeli baju jersi kelab bolasepak kesayangan nya berbagai jenama kelab dia ada tapi yang hairannya dia tak pandai pun main bola.sepak.. .

Ada orang kaya membeli beras berkampit kampit dirumah tapi dia masih makan steak meteak roti dsb..beras/nasi untuk tetamu je katanya... .

Ada orang memang berminat membeli motosikal/kereta baru berbagai jenama tapi yang skuter/mini minor buruk tu jugak le yang di bawa dan di tungganginya. .. .

Ada orang yang suka membeli drill dan perkakas mengecat rumah kononya nak tebuk wiring sana wiring sini cat sana cat sini tapi yang hairannya si tukang letrik dan tukang cat jugak le yang di upahnya... ..(hmmm dasar dah malas nak buat camna)

Friday, August 15, 2008

LAWAK - KING

BAPAK BOREK ANAK RINTIK CUCU BINTIK-BINTIK


Di padang sebuah sekolah, nun jauh disudut kanan, SEMBANG TIGA BUDAK... ka sembangkan.. .

Budak A " Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hangpa kerja apa "
Budak B dan Budak C menjawab " Bapak kami pun ahli sukan jugak".

Maka semua bapak mereka adalah ahli sukan... .

Budak A meneruskan cerita.." Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tersebut sebelum lembing itu jatuh ketanah "

" Itu tak heran " kata Budak B " Bapak aku lagi tangkas, bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru tersebut"

"Mari kita dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ini" kata Budak C. " Bapak aku kerja di Alor Setar tapi tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.15 petang, pukul 3.50 petang bapak aku dah ada di rumah. Bayangkan betapa cepatnya pak aku berlari. "

Moralnya... bapak macam ni banyak. pejabat belum tutup dia dah ada kat rumah.

Janganlah kita jadi bapak macam ni... . insaf..insaf



Tok batin nak tipu nyamok

Pada zaman dahulu, adalah seorang orang asli yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung.nak dijadikan kisah, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah orang asli tersebut kekedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya adalah sarang nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katilnya bagi melindunginya daripada nyamuk.pada malam itu, datanglah polis tersebut ke rumah orang asli itu untuk berborak-borak. dicari-carinya orang asli itu tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah orang asli tersebut dari bawah katil.terkejut sipolis kerana orang asli tido kat bawah katil sedangkan dikatilnya ada kelambu.

polis: awatnya tidoq bawah katil?
orang asli: saja... .nak tipu nyamuk


LAWAK GAMPANG






LAWAK JEPON BANGANG




CYBER COP





SURIA PERKASA HITAM




ULTRAMAN HADHARI





HAHAHHHAHAHAHHAHHA...................